Alifah Amelya
Salam.

Saya ingin tujukan lagu ini kepada s.a.h.a.b.a.t saya



Sayu terpisah
hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
berhembus angin rindu
begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

chorus:
hujan lebat mencurah kini
bagaikan tiada henti
kaulah laguku kau irama terindah
tak lagi kudengari

kau pergi..
pergi..

sepi tanpa kata
terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
apa pun kata mereka
biarkan kenangan berbunga di ranting usia


buat s.a.h.a.b.a.t,

lagu ini adalah untuk kamu
maaf sekiranya lagu ini menyinggung perasaan kamu
bukan mahu mengguris luka di hati kamu
cuma aku fikirkan melodi lagu ini sungguh enak untuk didengari tatkala hati sedih
dan apabila hati kamu sudah tenang
padamkan lagu ini
lapkan air mata kamu
bangun berdiri berlari teruskan hidup kamu
kerana kamu adalah kamu
kamu bukan aku
kamu bukan dia
kamu adalah kamu

semua orang pernah rasa sakit ditinggalkan
semua orang pernah rasa sakit dikhianati
semua orang pernah rasa sakit kesunyian
yang membezakan kamu dengan semua orang hanya satu
CARA KAMU
cara kamu bersedih
cara kamu berkabung
cara kamu mengubati luka di hati
cara kamu bangkit semula
ada orang pilih jalan bodoh
ada orang pilih jalan cerdik
ada orang pilih jalan pintas

aku tahu
kamu cuma belum jumpa lagi jalan itu
atau mungkin kamu takut untuk memilih jalan itu
tak mengapa
mana satu pun sebabnya
aku ada
dia ada
kita ada
hulurkan saja tangan kamu
aku sambut
dia sambut
kita sambut
aku ada sepatu tumitku
dia ada sepatu putihnya
kamu ada sepatu sukanmu
sama-sama kita lalui jalan itu

yang penting
hulurkan tangan kamu
agar aku dan dia dapat pegang
sama-sama kita lalui jalan itu

aku sayang kamu
3 Responses
  1. Anonymous Says:

    sentap mak..haha..kem salam be strong pada kawanmu itu..aku pon ada di sisinya jika diperlukan..hee


  2. Anonymous Says:

    thanx a lot frens 4 being there. i love u guys. n now i realize that life is more than this.


  3. to mrschlotzsky
    baek..nti aku smpaikan salam

    to direktoriperniagaan
    pehal lak ko nk promte kt cni?

    to hunnydippz
    u r most welcome