Alifah Amelya
Salam.

Ramai tanya "nape lama tak update blog?"

Ya..ya..saya sedang mengemaskini sekarang.

Maaf. Sedikit terikat dengan perkara2 di sekeliling .
~kadang2 secara paksa-rela~
*sigh*

Sagawara pula sudah seminggu dalam hospital.
~damn i miss my car~
Tercium Myvi kat Sg Buloh.
*sigh*
Melayang RM1k kat situ. *_*
Belum lagi bil Sagawara.
Ganti mata kiri, pasang bumper, ketuk & cat semula...





"errmmm....En Mekanik, ada diskaun tak untuk student?"

Nak kongsi sikit dengan kawan2 semua cara2 menghadapi situasi sekiranya kawan2 tersondol kereta orang (berdasarkan pengalaman saya yang tak seberapa ni):

1) jangan gelabah - ini paling penting. Omputih panggil 'key element'.
2) jangan terus mengaku kesalahan anda walaupun ia adalah memang terang2 salah anda - bukan suruh menipu tapi manalah tahu kalau orang depan pun ada buat silap, dah boleh jimat duit sikit kat situ.
3) ambil butiran2 penting - no plat, nama, no telefon dll
4) jangan turun kereta - kalau berlaku di tempat2 yg sunyi especially untuk ladies. Nanti jadi apa2 yang tak diingini lak.
5) call orang2 yang terdekat untuk bagitau apa yang berlaku. - Mak atau ayah atau pakcik atau makcik atau sepupu atau sepapat atau yang seangkatan dengannya. Kalau diorang dapat datang lagi best. Ni penting gak. Takut2 kena tipu ke, rompak ke, tak ke niaya.
6) lapor polis sekiranya perlu - Ni kalau nak claim insurans la. Kalau mau setel sendiri, abaikan saja cadangan ni. Nanti tak pasal2 kena saman polis. RM300 melayang wooo...
7) kalau orang yang disondol tu minta IC, jangan sesekali bagi. - Tunjukkan saja kat dia, pastu sebutkan no IC. Bukan apa, takut dia bawak lari IC tu. Macam2 boleh buat, jual kat bangla pun boleh dapat duit. Saya ada kawan yang pernah kena.
8) dan yang terakhir sekali, silalah jangan sondol kereta orang. Memang sendiri cari pasal. ha3

p/s: time lesen mati la aku tersondol kete orang. Nasib2...





0 Responses