Alifah Amelya
Azam Baru

#1
Kurangkan 'mumbling'



Seriously, i never knew that i mumble!! Terima kasih kepada kawan2 dan adik2 yang telah menyedarkan saya. Saya akan cuba mengurangkannya dan anda boleh berbual dengan saya tanpa kesan sampingan yang memudaratkan
*walaubagaimanapun sehingga kini saya masih tidak berjaya mengesan bagaimanakah dan di manakah saya mumble haish~*

#2
Jangan buat kerja gila



[drive keseorangan pulang dari ukm ke rumah pada jam 3-4 pagi = kerja gila]
terima kasih kepada atiQa yazid kerana mengajar saya persamaan matematik ini. Saya tidak sedar pun selama ini. *ape je yang aku sedar nih??* Bila difikir2 semula, ok fine, maybe boleh dikategorikan sebagai kerja gila la kot sebab anak dara memandu malam2 buta memang bahaya(kot). Sebenarnya, saya suka memandu berseorangan kecuali bila perjalanan jauh (> 3 jam) kerana bila saya memandu kereta saya akan bertukar menjadi karaoke box. Semua lagu akan saya sumbangkan sehingga pitching lari ke laut.
Baiklah, mulai hari ini saya tidak akan drive keseorangan selepas jam 12 malam.
*adik aku la yang bakal menjadi mangsa muahahaha*


#3
Tolong jangan 'lost' di pertengahan jalan



Maksud 'lost' di sini ialah terlupa apa yang anda mahu katakan tatkala sedang berbual . Yes, perkara ini KADANG KALA berlaku kepada semua orang. mengapa pula perlu menjadi isu? Ia menjadi isu apabila saya SERING dan KERAP lost ketika sedang berkata-kata. haish~ Ya, saya mengaku yang saya LOST, tapi kurang sikit dari Jaja kot(?). Saya sebenarnya mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian lebih dari 5 min apabila orang sedang bercakap. *dalam kuliah dulu pun slalu tido ahax* Saya suka memerhatikan semua yang ada di sekeliling. Apabila saya kekal fokus pada sesuatu, saya takut saya terlepas sesuatu yang menarik di persekitaran saya. Oleh itu, apabila anda sedang bercakap dan telah melebihi kuota masa yang diperuntukkan, saya akan mula mencari sesuatu yang lebih menarik di sekitar saya ha3. Tak tahu mengapa begitu tapi saya memang begitu. Jadi, di sini secara rasminya saya ingin meminta maaf kepada semua rakan2, sahabat2, kawan2, kenalan2, adik2, sedara2, mak cik2, pak cik2 yang selalu terpaksa membuat siaran ulangan untuk saya. Terimalah saya seadanya.
*sepuluh jari disusun sambil membuat muka seposen*

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik2 n kawan2 yang telah memberi input positif dan negatif kepada saya - doreen, tiQa, zaza, ling2, syed, topek, akif, irsyad, naadiah, rusyi, daus, una
Dengan komen2 anda saya berjaya mengenali diri saya dengan lebih baik~!

0 Responses