Alifah Amelya

Fuh~ Fuh~ Uhuk~ Uhuk~

Lama dah tak update blog ni, tak sedar dah berhabuk ha3. Asyik copy n paste isi kandungan dari web orang je. Kalau kasi alasan kononnya busy nampak macam cliché sangat pula kan. Abaikan je la.


Memandangkan sekarang dah masuk bulan Syawal, saya nak bercerita pasal Hari Raya Aidilfitri la (nak cerita pasal puasa macam dah basi lak kan). Tahun ni macam biasa seisi keluarga kena pakai baju yang sedondon. Sedondon di sini bukan bermaksud tema warna sama, tapi sedondon yang memang SEDONDON; kain dibeli dari papan yang sama. Setakat ini tradisi tu masih bertahan dengan gahnya atas suara veto ayahanda ho3.


Raya tahun ni tak banyak berubah dari tahun-tahun lepas, adik-beradik semua berkumpul sebelum menjelang raya. Selepas solat raya sesi fotografi dan diikuti dengan sesi bermaaf-maafan antara ahli keluarga. SERONOK~!! Tak tahu la berapa lama lagi suasana ni akan berterusan~ Ye la, masing-masing belum kahwin lagi. Esok lusa bila masing-masing dah kahwin, mesti susah nak berkumpul macam ni lagi.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang menghantar kad raya dan SMS ucapan raya. Maaf la kalau tak terbalas, insyAllah esok lusa nanti saya balas. Di sini saya juga ingin memohon maaf kepada sahabat handai saudara mara sekalian sekiranya ada terkasar bahasa atau tersilap kata, minta halalkan makan minum kalau ada yang terlebih atau terkurang. Bulan syawal ni kan bulan yang mulia untuk saling bermaafan, maka jika ada di luar sana yang masih berdendam atau termakan hati dengan saya, saya minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki. Kalau nak setel face-to-face pun takde hal la, jemput la datang beraya ke rumah.


Akhir sekali, Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua kaum Muslimin dan Muslimat di seluruh dunia.



Raya weyh~ jangan tak raya!!

Labels: | edit post
0 Responses