Alifah Amelya
Azam Baru

#1
Kurangkan 'mumbling'



Seriously, i never knew that i mumble!! Terima kasih kepada kawan2 dan adik2 yang telah menyedarkan saya. Saya akan cuba mengurangkannya dan anda boleh berbual dengan saya tanpa kesan sampingan yang memudaratkan
*walaubagaimanapun sehingga kini saya masih tidak berjaya mengesan bagaimanakah dan di manakah saya mumble haish~*

#2
Jangan buat kerja gila



[drive keseorangan pulang dari ukm ke rumah pada jam 3-4 pagi = kerja gila]
terima kasih kepada atiQa yazid kerana mengajar saya persamaan matematik ini. Saya tidak sedar pun selama ini. *ape je yang aku sedar nih??* Bila difikir2 semula, ok fine, maybe boleh dikategorikan sebagai kerja gila la kot sebab anak dara memandu malam2 buta memang bahaya(kot). Sebenarnya, saya suka memandu berseorangan kecuali bila perjalanan jauh (> 3 jam) kerana bila saya memandu kereta saya akan bertukar menjadi karaoke box. Semua lagu akan saya sumbangkan sehingga pitching lari ke laut.
Baiklah, mulai hari ini saya tidak akan drive keseorangan selepas jam 12 malam.
*adik aku la yang bakal menjadi mangsa muahahaha*


#3
Tolong jangan 'lost' di pertengahan jalan



Maksud 'lost' di sini ialah terlupa apa yang anda mahu katakan tatkala sedang berbual . Yes, perkara ini KADANG KALA berlaku kepada semua orang. mengapa pula perlu menjadi isu? Ia menjadi isu apabila saya SERING dan KERAP lost ketika sedang berkata-kata. haish~ Ya, saya mengaku yang saya LOST, tapi kurang sikit dari Jaja kot(?). Saya sebenarnya mempunyai masalah untuk menumpukan perhatian lebih dari 5 min apabila orang sedang bercakap. *dalam kuliah dulu pun slalu tido ahax* Saya suka memerhatikan semua yang ada di sekeliling. Apabila saya kekal fokus pada sesuatu, saya takut saya terlepas sesuatu yang menarik di persekitaran saya. Oleh itu, apabila anda sedang bercakap dan telah melebihi kuota masa yang diperuntukkan, saya akan mula mencari sesuatu yang lebih menarik di sekitar saya ha3. Tak tahu mengapa begitu tapi saya memang begitu. Jadi, di sini secara rasminya saya ingin meminta maaf kepada semua rakan2, sahabat2, kawan2, kenalan2, adik2, sedara2, mak cik2, pak cik2 yang selalu terpaksa membuat siaran ulangan untuk saya. Terimalah saya seadanya.
*sepuluh jari disusun sambil membuat muka seposen*

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik2 n kawan2 yang telah memberi input positif dan negatif kepada saya - doreen, tiQa, zaza, ling2, syed, topek, akif, irsyad, naadiah, rusyi, daus, una
Dengan komen2 anda saya berjaya mengenali diri saya dengan lebih baik~!

Alifah Amelya
Salam.

Saya telah tukar tajuk blog dan template blog ini.

Kenapa?

Sebab saya dah jumpa hobi baru~!

*FOTOGRAFI*

Dah lama ingin mencuba bidang ini, tapi selalu mati begitu sahaja.

Tapi bila tengok Waneeta guna kamera Canon DSLR dia, tiba2 rasa sangat teruja mahu membeli.
*makaseh ya wani!* wink

Maka, sebagai permulaan saya membeli Nikon D40 2nd hand (lens 18-55mm) dan tripod.
*model paling kecil n ringan dlm keluarga kamera DSLR Nikon*

Saya tahu saya adalah amatur sekarang, banyak yang perlu dipelajari

saya akan BELAJAR~!

Jadi, saya bercadang untuk menjadikan blog ini sebagai tempat berkongsi pengalaman dan foto2.
*mungkin sekali sekala selitkan juga update kisah hidup kot*

Saya juga ada set up akaun flickr.

So, let the journey begin~! n_n


Alifah Amelya
Lama dah tak update blog. [ayat cliche sgt...]

~Suka menjengah blog orang lain dari meng'udpate' blog sendiri.~

Anyway, Cik Azx-Cream telah tag saya semalam dalam blognya. Lama dah tak main game tag-meng'tag'ing nih. So, here goes:

1. Adakah anda rasa HOT?
Erk? Tak tau la pulak. Tapi Fatin selalu kata saya ni 'mantap'. Mantap tang mane ntah saya pun x tau...ha3


2. Upload wallpaper pc/laptop yang anda guna sekarang!



3. Cerita pasal gambar ni..
Gambar ni amik kt web vlad. Suke download pic kat situ jd wallpaper sbb pic dia sume lawa2 belaka. try la!

4. Kali terakhir makan pizza
Aiyoyo...jap kena fikir dulu. Giler lama dah tak makan piza. Saya ni hantu mcD la... (tapi bila dah sebut ni macam terasa nak makan piza lak)

5. Lagu terakhir anda dengar
Michael Buble - Haven't Met You Yet <---sgt heart lagu nih ;))

6. Apa anda buat selain menyelesaikan tag ni
Buat report yang nak kena submit kat bos, buka mukabuku, check emel

7. Selain nama sendiri, anda di panggil nama apa?
aLee, ipah, pah, Ally, Lee, Amy, Che aLee, mok...ni je kot

8. Tag lagi 5 orang
a)Xira
b)Waneeta
c)Patt
d)Irina
e)Aleisa

9. Siapakah orang no.1 kepada anda
sume orang adalah no 1 bagi saya! saya heart semua kawan2 dan family saya. I'm soooooo lucky to have so many wonderful friends

10. Katakan sesuatu kepada orang no.5
good luck with your new job!

11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Mesti la ngan BF dia...duh...

12.Bagaimana pula dengan no.2
Dia ni sekarang rajin da mengunjungi Fitness First untuk menghapus lemak

14. Kata2 cinta untuk orang no.4
err...profile fotomu sungguh comel...(ni kira ayat cinta tak?)

15. Berikan 5 yang anda tau tentang orang yang mengetag anda
  • Suka maen squash
  • ada brader kt tempat keje yang suka saman kete dia sbb dia suke2 ati je parking tp x byr (ye ke? suke2 ati je aku reka cite)
  • atlet ukm yg bjaya
  • atlet kesayangan dr Kadderi gak
  • fan MU (bluweeekkk...)
Ha3~ jangan marah naa...



Alifah Amelya
Salam.

Rabu (24 Feb) - Saya jumpa Azira!! Seronok!! Lama giler tak jumpa dia, sampai terlupa nak amik gambar ngan dia. Kawan2 jangan marah ye [Irina, Wan n Syafa..sorry guys!] Kitorang takde plan apa2 pun. Kebetulan dia hantar mesej kat fB dan saya sedang online di ofis. Dia kata dia ada kat UKM dan lepas tu mahu naek tren ke Klang jumpa Pika. Then tetiba datang idea untuk jumpa kat KL Sentral. So we just hooked up@mcD and do lots of catching up - gossips, updates, future plans that sort of things.
Rindu kat semua kawan2! Lepas ni mesti plan untuk mini gathering geng2 kita ye!
[Attention to: Patt, Hanem, Wan, Azira, Dila, Syafa]
Anyone I forgot to mention?


**************************


Status: Working

Company: Click N Visit Dot Com

Position:
Web Developer cum HR Manager cum Interviewer cum Sales Manager cum Graphic Designer cum Secretary

Job Description:
1- Memerah otak
2- Tulis emel yang panjang
3- Edit karangan SPM (both BM & English)
4- Interview candidate
5- Design flyers
6- Create and design website
7- Tulis daily, weekly and monthly report
8- Membuat sistem filing
9- Weekly brainstorming session
10- Prepare marketing kit
11- other misc. duties such as looking after the office

Ada sape2 yang mahu position ini?


Nota kaki buat bos kesayanganku:
If you're reading this (which i don't think you will ha3), I'm not complaining or anything. I'm trying my best to live up to your expectations; I really do! (kipas baek punye)
Walaupun kadang2 kerja yang bos kasi tu tak tercapai akal untuk saya buat seorang diri, tapi saya suka kerja saya! I love my job! I love my office! I love it all!


**************************


Rumet saya sudah hampir due!
19hb Mac ini akan jadi mama. I mean howt mama!
Tak sabarnya nak jadi Auntie \(^_^)/


****************************


My wish list


dok berhabuk dah kat tepi tuh
haih ~_~
bila nak buat semua tu?







Alifah Amelya
Salam.

Sales

Sales

Sales

Sales

Sales

tu saja yang ada dalam otak sekarang nih.

*_*