Alifah Amelya
Salam.

Hari ni aku bangun awal untuk tolong masak kat dapur ha3. *gelak yang sangat bangga* Selalunya aku jumpa matahari kol 12 tghari. Baru je lepas siap masak kat dapur *fuh*. Menu hari ni -

Ketupat+Kuah Kacang
Lemang
Sambal Sotong
Ayam Masak Rendang
Tauhu Sumbat


Mak cik aku sekeluarga dari Kuantan *baru tahun ni pindah sana* datang beraya sama-sama dengan keluarga aku, jadi meriah la sket suasana sebab anak-anak dia semua kecil2 lagi.

Aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua Muslimin dan Muslimah di seluruh Malaysia. Ucapan simpati kepada mereka yang kehilangan tempat berteduh akibat tanah runtuh yang berlaku di sekitar KL. Semoga tabah menghadapi setiap musibah dan dugaan dari Allah s.w.t. [Klik sini untuk maklumat lanjut]. Setiap kejadian pasti ada hikmah di sebaliknya.


0 Responses