Alifah Amelya

Salam.


Anda suka dengar lagu? Sudah tentu. Di dunia ini mana ada orang yang tak suka dengar lagu, yang berbeza mungkin citarasa setiap individu. Muzik dan lagu pula ada macam-macam genre; ada jazz, pop, balada, nasyid, rock, heavy metal dan lain-lain lagi.


Kenapa orang suka dengar lagu? Mungkin kerana liriknya yang sentap menusuk kalbu, atau iramanya yang mampu membuat kita ingin menari mengikut alunannya dan mungkin juga sebagai hiburan semata-mata untuk memecah kesunyian di pejabat. Walau apa pun alasannya, muzik tidak dapat dipisahkan lagu dari kehidupan seharian kita.


Tapi entri kali ini bukan pasal muzik atau lagu, tapi pasal LIRIK. Saya nak berkongsi dengan semua 6 lagu barat yang menjadi siulan ramai walaupun liriknya boleh dikategorikan sebagai ‘entah apa apa’. Jom layan~!


Lagu #1 Who Let the Dogs Out – Baha Men




Who let the dogs out (woof, woof, woof, woof)
Who let the dogs out (woof, woof, woof, woof)
Who let the dogs out (woof, woof, woof, woof)
Who let the dogs out (woof, woof, woof, woof)


Lagu ni pernah menjadi lagu tema untuk filem Walt Disney bertajuk The Shaggy Dog. Lepas ni buat lagu pasal keluarkan kucing pula nak?



Lagu #2 Whenever Wherever – Shakira



Lucky that my breasts are small and humble

So you don’t confuse them with mountains


Sungguh tidak logik kekeliruan ini…



Lagu #3 London Bridge – Fergie



How come every time you come around
My London London Bridge want to go down
Like London London want to go down
Like London London be going down


Kenapa bila kau datang jambatan London saya nak turun? Sila jawab!!




Lagu #4 I’m Blue – Eiffel 65



I have a blue house with a blue window
Blue is the color of all that I wear
Blue are the streets and all the trees are too
I have a girlfriend and she is so blue
Blue are the people here that walk around
Blue like my Corvette it's standing outside
Blue are the words I say and what I think
Blue are the feeling that live inside me

I'm blue (da ba dee...)
I'm blue (da ba dee...)


Rumah, tingkap, baju, jalan, pokok, awek, orang, kereta -- semua biru. Biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru, biru…



Lagu #5 Macarena – Lol Des Rio



Dale a tu cuerpo alegria Macarena
Que tu cuerpo es pa darle alegria y cosa buena
Dale a tu cuerpo alegria, Macarena
Hey Macarena x2


Walaupun sepatah haram pun tak faham maknanya, lagu ini tak sah dinyanyikan tanpa iringan tariannya.



Lagu #6 Bad Romance – Lady Gaga



Rah-rah-ah-ah-ah!
Roma-roma-maa
GaGa-ooh-la-la!
Want your bad romance


Lagu ni sangat fofular walaupun ada bunyi macam jampi separah nak halau jin.




Walaupun lirik-lirik lagu di atas boleh membuatkan Pak Ngah dan Habsah Hasaan menangis, tapi kita semua tetap layan~!



p/s: Akan datang mungkin akan dipertimbangkan untuk mencari lagu-lagu hits melayu dengan lirik yang ‘bombastik’ pula

Alifah Amelya


We’ll Be a Dream

By We The Kings feat. Demi Levato


Do you remember the nights we stayed up just laughing.
smiling for hours at anything.
Remember the nights we drove around crazy in love

When the lights go out
We'll be safe and sound
We'll take control of the world,
like its all we have
to hold on to
and we'll be
A dream

Do you remember the nights we made our way dreaming
hoping of being someone big
We were so young then we were too crazy in love

When the lights go out,
we'll be safe and sound
We'll take control of the world
likes its all we have
to hold on to
and we'll be
A dream

Whoaa Whoaa
Whoaa Whoaa
..

When the lights out
(when the lights go out)
We'll be safe and sound.
(We'll be safe and sound)
Well take control of the world
Like its,
all we have to hold on to.
And we'll be
(And we'll be)
And when the lights go out.
(and when the lights go out)
We'll be safe and sound,
we'll take control of the world.
Like its all we have to hold on to.

And we'll be,
a
dream.

Alifah Amelya

Have you ever strolled around the city to find some hot guys with not-so-hot fashion sense that made you secretly wish the fashion police could arrest them and send them to some sort of fashion rehab facility?


I did! So, I decided to make this poll to find out which of the following is the worst fashion crime ever committed by men. Feel free to vote more than once :)



Sleeveless T Shirts


T Shirt tucked into Jeans



Hawaiian Shirts


Bling Bling


Baggy Jeans


T Shirts with kain pelekat


Sandal with socks


Skinny Jeans


Labels: 3 comments | | edit post
Alifah Amelya

Salam.


Hari ini nak berkongsi dengan semua 7 fakta menarik tentang tubuh badan kita yang kurang diketahui umum.


Fakta #1 Tahukah anda setiap kali anda menjilat setem anda telah membakar sebanyak 0.1 kalori?

Purata nilai kalori sebiji burger adalah 300. Sekiranya anda telah makan sebiji burger untuk sebagai sarapan, anda perlu menjilat sebanyak 3 000 setem untuk membakar kalori tersebut. Sungguh beruntung mereka yang bekerja di pejabat pos.


Fakta #2 Tahukah anda ketika anda bersin ia mampu mencapai halaju sehingga 100 mph?

Kalau ditukar mph kepada km/h, 100 mph adalah bersamaan dengan 160 km/h; melebihi had laju yang dibenarkan di atas lebuhraya di Malaysia. Oleh itu, tisu adalah medium terbaik untuk menghindari tempias.


Fakta #3 Tahukah anda orang yang bijak mempunyai lebih banyak kandungan zink dan tembaga (copper) dalam rambut mereka?

Saya tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong fakta ini. Makanya jangan sesekali cuba untuk melulur rambut anda dengan zink mahupun tembaga semata-mata untuk menjadi bijak.


Fakta #4 Tahukah anda kuku jari paling cepat tumbuh adalah pada jari hantu (jari tengah)?

Sesetengah orang suka menunjukkan jari tengahnya kepada semua apabila tidak gembira. Mungkin itu simbolik untuk melambangkan mereka tidak gembira dengan hidup mereka yang berlalu dengan terlalu pantas.


Fakta #5 Tahukah anda yang wanita mengelipkan mata dua kali lebih banyak berbanding lelaki?

Ini sudah tentu. Kerlipan mata si gadislah yang membuatkan sang jejaka jatuh hati. Bayangkan jika sang jejaka yang beriya-iya mengerlipkan mata. Pelik kan?


Fakta #6 Tahukah anda yang anda tidak boleh membunuh diri dengan menahan nafas sendiri?

Dalam banyak-banyak cara nak bunuh diri, inilah cara yang paling bodoh sekali. (Peringatan: membunuh diri adalah dilarang keras sama sekali dalam Islam. Syirik!)


Fakta #7 Tahukah anda bahawa anda tidak boleh bersin dengan mata terbuka?

Kalau tak kisah mata anda sendiri terkeluar dari soketnya, silalah cuba dan beritahu saya hasilnya ya!



Mungkin fakta-fakta di atas tidak berguna dalam kehidupan seharian, tapi sekurang-kurangnya anda mempunyai lebih ilmu berbanding orang di sebelah anda!


Sumber:

http://www.teach-nology.com/worksheets/science/trivia/human/index.html

http://www.berro.com/entertainment/humans_interesting_facts.htm

http://www.comedy-zone.net/triviazone/humans/human-body-trivia.htm

http://onemansblog.com/2006/12/28/human-physiology-trivia-26-fun-facts/


Nota kaki buat Jack: entri ilmiah kali ini ditujukan khas buat anda!

Labels: 6 comments | | edit post