Alifah Amelya

Salam.


Hari ini nak berkongsi dengan semua 7 fakta menarik tentang tubuh badan kita yang kurang diketahui umum.


Fakta #1 Tahukah anda setiap kali anda menjilat setem anda telah membakar sebanyak 0.1 kalori?

Purata nilai kalori sebiji burger adalah 300. Sekiranya anda telah makan sebiji burger untuk sebagai sarapan, anda perlu menjilat sebanyak 3 000 setem untuk membakar kalori tersebut. Sungguh beruntung mereka yang bekerja di pejabat pos.


Fakta #2 Tahukah anda ketika anda bersin ia mampu mencapai halaju sehingga 100 mph?

Kalau ditukar mph kepada km/h, 100 mph adalah bersamaan dengan 160 km/h; melebihi had laju yang dibenarkan di atas lebuhraya di Malaysia. Oleh itu, tisu adalah medium terbaik untuk menghindari tempias.


Fakta #3 Tahukah anda orang yang bijak mempunyai lebih banyak kandungan zink dan tembaga (copper) dalam rambut mereka?

Saya tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong fakta ini. Makanya jangan sesekali cuba untuk melulur rambut anda dengan zink mahupun tembaga semata-mata untuk menjadi bijak.


Fakta #4 Tahukah anda kuku jari paling cepat tumbuh adalah pada jari hantu (jari tengah)?

Sesetengah orang suka menunjukkan jari tengahnya kepada semua apabila tidak gembira. Mungkin itu simbolik untuk melambangkan mereka tidak gembira dengan hidup mereka yang berlalu dengan terlalu pantas.


Fakta #5 Tahukah anda yang wanita mengelipkan mata dua kali lebih banyak berbanding lelaki?

Ini sudah tentu. Kerlipan mata si gadislah yang membuatkan sang jejaka jatuh hati. Bayangkan jika sang jejaka yang beriya-iya mengerlipkan mata. Pelik kan?


Fakta #6 Tahukah anda yang anda tidak boleh membunuh diri dengan menahan nafas sendiri?

Dalam banyak-banyak cara nak bunuh diri, inilah cara yang paling bodoh sekali. (Peringatan: membunuh diri adalah dilarang keras sama sekali dalam Islam. Syirik!)


Fakta #7 Tahukah anda bahawa anda tidak boleh bersin dengan mata terbuka?

Kalau tak kisah mata anda sendiri terkeluar dari soketnya, silalah cuba dan beritahu saya hasilnya ya!



Mungkin fakta-fakta di atas tidak berguna dalam kehidupan seharian, tapi sekurang-kurangnya anda mempunyai lebih ilmu berbanding orang di sebelah anda!


Sumber:

http://www.teach-nology.com/worksheets/science/trivia/human/index.html

http://www.berro.com/entertainment/humans_interesting_facts.htm

http://www.comedy-zone.net/triviazone/humans/human-body-trivia.htm

http://onemansblog.com/2006/12/28/human-physiology-trivia-26-fun-facts/


Nota kaki buat Jack: entri ilmiah kali ini ditujukan khas buat anda!

Labels: | edit post
3 Responses
  1. r u d z Says:

    aku suke yg #4. bongok sangat! hahaha!


  2. r.k Says:

    banyak sangat angkat jari tengah memang lah cepat PANJANG ! lalalala

    #2 kalau tengah memandu , bersin pulak , melintas dekat speed trap .. memang kantoi la ~


  3. seronok korang ek ngan fakta #4~ ha3

    jack: ha3~ ptt la aku asyik dpt surat chenta je dr polis...
    moral: jgn bersin dlm kete