Ah Chong adalah seorang kanak-kanak yang ceria. Dia baru memulakan persekolahan darjah satu pada tahun ini. Ah Chong sangat meminati bola sepak. Semua jenis perlawanan dan liga dia tonton. Liga Malaysia, EPL, Serie A dan yang sedang berlangsung sekarang Piala Dunia. Ah Chong mula-mula sokong Portugal, tapi dah kalah. Lepas tu dia sokong Argentina pula, tapi kalah lagi. Lepas tu Germany pula, kalah juga lagi. Setiap Negara yang dia sokong asyik kalah sahaja menyebabkan dia berasa putus asa untuk menyokong mana-mana negara. Dia mengambil keputusan untuk terus menonton sahaja baki perlawanan yang ada.
Ah Chong terdengar cerita tentang fenomena ramalan sotong tentang keputusan perlawanan bola. Semua ramalannya benar belaka. Ah Chong sangat kagum dengan sotong itu. Dia tidak pernah berjumpa dengan sotong seumur hidupnya. Dalam hatinya dia menyimpan hasrat untuk bertemu dengan sotong itu sebelum berakhirnya Piala Dunia.
Suatu hari Ayah Ah Chong membawa dia melancong ke Jerman. Dia sangat seronok kerana hasratnya hampir tercapai. Sotong yang dia ingin temui ada di sini. Dia sangat berterima kasih kepada ayahnya. Ketika mereka sedang bersiar-siar, dia ternampak sotong di hadapannya lalu bertanyakan kepada ayahnya,
Ah Chong : (sambil menuding jari ke arah sotong) Ayah, jom kita tanya kat sotong-sotong tu apa prediction dia untuk final nanti.
Sotong 1 : Nokk…kaki mak rasa ringan je nih.
Sotong 2 : Kang ada yang terkena tendangan sakti mak.
Sekian.
Nota kaki: kisah ini tiada kaitan dengan sesiapa yang hidup atau yang telah mati. Sekiranya ada, itu adalah kebetulan semata-mata.
buduuusssss!!! pengexploitasian haiwan untuk kepentingan peribadi. kesian si paul tu. hahahahaha!!
wah ! makan dalam nyah !
ni la hasilnya bila kebosanan tahap gaban dok tunggu kete siap kt workshop. cite ngarut2 kuar dlm pale otak ha3.