Alifah Amelya
Salam.

Hari ini saya bangun awal [heee~lagi awal dari hari2 biasa la] sebab ada banyak tempat yang perlu disinggah dan diselesaikan kerjanya.

Mula-mula pergi ke pejabat kolej. Alhamdulillah dapat da duit yang diclaim 2 minggu lepas.

Selepas itu pergi bank pula untuk activate account Amyda. Offline pulak. Sabar. Takpe, esok pergi lagi.

Lepas tu pergi ke ofis untuk buat kerja ofis. Modem lak diangkut oleh Graphic Designer aku yang comel lote tuh. Adoiyai...macam mana aku nak buat kerja ni? Sabar. Takpe, pergi cuci kereta dulu kejap. Dah janji dengan Waneeta nak lunch sama2.

Sementara tunggu kereta dicuci, makan ABC kat mamak dulu. Tatkala itu, telefonku berbunyi. Waneeta tak dapat lunch sama2 sebab ada client. Sabar. Takpe, lepas kereta siap balik kolej saja la.

Dalam perjalanan pulang, ayah hantar sms. "Send ur copy of cvr letter wif ur sign asap 2 unc Lakman. Chx ur mail for info".

Sampai di bilik, buka laptop, klik Firefox, yang terpapar 'Offline mode'. Sabar. Refresh. Tiada perubahan. Refresh lagi. Tiada perubahan juga. Sabar. Takpe, pergi CC la.

Menjenguk dari foyer. CC tutup. Sabar. Rumet cadangkan untuk pergi ke CC UO. Takpe, pergi CC kolej lain semata-mata untuk buka email sahaja.

Selesai tugas tersebut. Pulang ke bilik. Refresh. Tiada lagi perubahan. Internet masih tidak boleh digunakan. Sabar. Takpe, nampak gayanya terpaksa la pergi ke PTSL untuk study.

Tiba di PTSL, cari buku2 yang diperlukan, cari meja kosong and duduk. Walaupun buku2 tersebut sangat membantu, tetapi aku kena cari certain2 bahan online.

Buka laptop, klik Firefox, yang terpapar 'Offline mode' lagi. Refresh pun tak berguna. 'Unable to connect to ukm jaring'. Aik, ramai sangat ke yang guna jaring kat sini sampai aku tak boleh nak connect langsung? Sabar. Takpe, fikirkan cara lain.

Di mana tempat yang ada internet dan makanan yang sedap untuk mengisi perut yang lapar ini?

Penyelesaian: Aku kini berada di Secret Recipe Seksyen 4, baru selesai menikmati black pepper chicken dan susu segar dan sedang mengemaskini blog menggunakan hotspot streamyx yang aku beli guna SMS. Hee~perut kenyang dan hati senang.


Tiada niat untuk marah kepada sesiapa, cuma menganggap hari ini kesabaran aku telah diuji berkali-kali. Nampaknya Allah masih sayangkan aku. Syukur Alhamdullilah. Amin.
1 Response
  1. mie Says:

    sabar yang panjang.. bagus3x...

    al da best !!!