Alifah Amelya
Salam.

Rabu (24 Feb) - Saya jumpa Azira!! Seronok!! Lama giler tak jumpa dia, sampai terlupa nak amik gambar ngan dia. Kawan2 jangan marah ye [Irina, Wan n Syafa..sorry guys!] Kitorang takde plan apa2 pun. Kebetulan dia hantar mesej kat fB dan saya sedang online di ofis. Dia kata dia ada kat UKM dan lepas tu mahu naek tren ke Klang jumpa Pika. Then tetiba datang idea untuk jumpa kat KL Sentral. So we just hooked up@mcD and do lots of catching up - gossips, updates, future plans that sort of things.
Rindu kat semua kawan2! Lepas ni mesti plan untuk mini gathering geng2 kita ye!
[Attention to: Patt, Hanem, Wan, Azira, Dila, Syafa]
Anyone I forgot to mention?


**************************


Status: Working

Company: Click N Visit Dot Com

Position:
Web Developer cum HR Manager cum Interviewer cum Sales Manager cum Graphic Designer cum Secretary

Job Description:
1- Memerah otak
2- Tulis emel yang panjang
3- Edit karangan SPM (both BM & English)
4- Interview candidate
5- Design flyers
6- Create and design website
7- Tulis daily, weekly and monthly report
8- Membuat sistem filing
9- Weekly brainstorming session
10- Prepare marketing kit
11- other misc. duties such as looking after the office

Ada sape2 yang mahu position ini?


Nota kaki buat bos kesayanganku:
If you're reading this (which i don't think you will ha3), I'm not complaining or anything. I'm trying my best to live up to your expectations; I really do! (kipas baek punye)
Walaupun kadang2 kerja yang bos kasi tu tak tercapai akal untuk saya buat seorang diri, tapi saya suka kerja saya! I love my job! I love my office! I love it all!


**************************


Rumet saya sudah hampir due!
19hb Mac ini akan jadi mama. I mean howt mama!
Tak sabarnya nak jadi Auntie \(^_^)/


****************************


My wish list


dok berhabuk dah kat tepi tuh
haih ~_~
bila nak buat semua tu?







Alifah Amelya
Salam.

Sales

Sales

Sales

Sales

Sales

tu saja yang ada dalam otak sekarang nih.

*_*
Alifah Amelya
Salam.

~Soklan2 tipikal masyarakat Melayu kepada anak2 muda~

Bila dah habis SPM, semua orang tanya:

"Bila nak sambung belajar?"

Aku jawab:
"Insya-Allah, bila dapat tawaran nanti saya sambung la"

Bila dah sambung belajar, semua orang tanya:
"Bila nak habis belajar?"

Aku jawab:
"Kena extend; tesis tak siap lagi"

Bila dah habis belajar, semua orang tanya:
"Bila nak cari kerja?"

Aku jawab:
"Rezeki ada di mane2. Saya usaha n tawakkal je"

Bila dah cari kerja, semua orang tanya:
"Bila nak kahwin?"

Aku jawab:
"Suke ati la aku nak kawen bile pun! Sibuk jah"




Alifah Amelya
Salam.

Walauwei~ lame giler tak update blog. Last post pun pasal bulan puasa. Maaf kepada kawan2 yang rajin berkunjung ke blog saya. Heee~ bukannya malas, tapi atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan:

1- Semasa bulan puasa sibuk berpindah rumah. Saya sekarang dok kat umah baru \(^_^)/
p/s: jangan pindah rumah masa bulan puasa, memang pancit tahap cipan

2- Lepas bulan puasa kan Hari Raya, mestilah sibuk pergi beraya lak. hee~

3- Kena concentrate kat anak murid yang nak exam SPM tahun lepas. [saya buat home tuition kt Cheras]

4- Lepas abis ngajar, kini bekerja pula. Keluar pagi balik malam; balik umah terus tido. Berjinggo pun sekali sekala je haih~ *_*

5- Sekarang da ade facebook, lagi suke update kat situ daripada update kat blog nih

Baeklah. Saya tau tu sume alasan je semata2 heee~

Saya akan update dengan lebih kerap selepas ini.

Iye...betol...serius nih.

Ok la, takde la sekerap mana kot. Tapi at least saya akan update la.

Ok. Dhaaa~~

p/s: kepada Jack - aku da update da ni ha. Tlepas raya n natal je pun, free2 ko pggl aku giler sawang...chet!