Seronok sana. Seronok sini. Di mana-mana seronok. Bila banyak sangat seronok, Allah akan uji kita dengan dugaan. Macam-macam dugaan. Dugaan ringan, berat, banyak mahupun sedikit. Dugaan itu bukan bertujuan untuk melemahkan semangat. Dugaan itu adalah cara Allah untuk mengingatkan kita supaya kurangkan sedikit seronok sebab di luar sana masih ramai lagi yang tak pernah merasa erti keseronokan. Dugaan itu penghapus dosa. Rasulullah pernah bersabda: “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.”
Aku tak berkecuali. Aku selalu lupa pada DIA. Tatkala aku sedang bersuka ria dan berseronok, aku telah diuji dengan pelbagai dugaan. Dugaan yang hampir mematahkan semangat aku. Aku hilang arah. Ketika ini baru aku sedar yang aku telalu leka dan lalai dengan duniawi. Aku bersyukur kerana telah diberi peringatan oleh DIA di bulan yang mulia ini. DIA masih sayangkan aku. Setiap ujian dan dugaan yang menimpa pasti ada hikmahnya. Aku pasti. Aku perlu tabah dan cekalkan hati untuk mengharungi dugaan ini sebab aku tahu akan ada ganjaran buat aku nanti.
Ayuh berusaha, Alifah Amelya!