Alifah Amelya

Salam.


Tahun ini ligat aku beraya. Semua rumah aku nak pergi, sampai ada rumah yang aku datang beraya dua kali. Seronok~! Raya la alasan terbaik untuk berkunjung ke rumah kawan-kawan yang jauh mahupun dekat.


Bermula raya ke-2, aku dan keluarga berkonvoi 3 kereta beraya di Segamat dan Tangkak sebelum bermalam di situ. Keesokkan harinya pula sambung perjalanan ke Melaka & PD dan pulang ke rumah kira-kira jam 12 malam. Bila beraya berkonvoi ni biasa la, macam-macam ragam. Berhenti isi minyak pun kadang-kadang sampai setengah jam sebab Q kereta yang panjang. Yang tercicir masa konvoi pula lain cerita. Leader kat depan dah masuk simpang kiri, yang mengikut kat belakang tak perasan; nak kena tunggu semua pusing balik pulak. Haish~


Aku rasalah kan, bila berkonvoi lebih dari 2 kereta, lebih memudahkan perjalanan kalau setiap kereta ada walkie talkie (cikai2 punya pun takpe). Bayangkanlah kalau konvoi 3 kereta; Leader dah masuk simpang kiri tapi dua biji kereta yang mengikut di belakang tak perasan. Leader nak kena call setiap kereta untuk memaklumkan. Tu kalau tercicir sekali; kalau dua kali, tiga kali, berkali-kali, hadeii~ jenuh tuh. Kalau konvoi 5 kereta? Kopak weyh…


Raya ke-4 pula aku beraya dengan dua orang cikgu; sorang berenang datang dari Sabah, sorang lagi cikgu paling rock kat Taman Melati. Kami singgah beraya rumah Aainaa dan Tini, singgah berjumpa dengan baby Bry sebelum singgah beraya di Kotak Merah. Raya ke-5 pula aku beraya berdua sahaja dengan cik eskrim ke rumah Aainaa (dengan tanpa segan silu datang beraya lagi), Nuex dan Ecah sebelum singgah beraya di Kotak Muzik pula. Raya ke-6 pula aku beraya rumah Lijoh (Raub) dan Lija (Lipis) dengan Wani, Ana, dan Vil. Lama dah tak berjumpa mereka. RINDU~! Seronok bila melepak bersama, teringat kenangan masa di UKM dulu.


Mari bercerita pasal makan pula. *____*


Dari raya ke-2 sampai la raya ke-6, makanannya: mee Singapore, Laksa Johor, Laksa Penang, mee goreng, satay, spaghetti, kek coklat, dadih, gulai ikan, sambal udang…. *geleng2 kepala*


Tak terkawal~! TAK BOLEH KAWAL~!! Akibatnya: keracunan makanan. Muntah-muntah dan cirit-birit di hari-7; seharian tiada selera makan sebab tekak terasa mual. Padan muka kepada diri sendiri. Perut pun boleh crash tau, tuan punya perut je yang tak reti2 nak control. Oleh itu, saya nak mengingatkan kepada semua supaya berpada-pada bila menjamu selera di musim lebaran ini, lebih-lebih lagi sekarang ni sudah tiba musim open house. Macam-macam juadah yang disajikan. Makanlah mengikut kesesuaian. Jangan jadi macam tuan punya perut ni.


Walaupun terpaksa PAUSE raya buat seketika, tapi tak bermakna aku berhenti beraya terus. Raya sebulan weyh! Rumah yang aku belum datang lagi tu, siap2 la, tunggu aku datang.


Misi raya akan diteruskan~!!

Labels: | edit post
0 Responses