Alifah Amelya
Sejak akhir-akhir ni dah menjadi kebiasaan pula keluar menonton wayang seorang diri. Bila terasa nak tengok movie je, bangun bersiap dan terus keluar. Kalau tiba-tiba temujanji/ rancangan dibatalkan pada saat-saat akhir, terus singgah beli tiket kat panggung terdekat.


Banyak kelebihan bila menonton wayang sendirian; tak perlu SMS, tak perlu menunggu, tak perlu mencari. Tak leceh bila memilih tempat duduk yang strategik. Tak perlu mengikut suara majoriti dan menonton filem yang tak digemari. Mudah dan senang. Lagi best kalau buat marathon, beli terus semua tiket, pop corn dan air dan tontonlah sampai lebam.


Tapi, menonton wayang sendirian pun tak semestinya seronok sangat. Setiap kali aku tengok movie berseorangan, brader kat kaunter tiket tu mesti tanya, “Tengok sorang je ke?” Hadei~ dah kalau aku beli tiket satu je, boleh ke masuk dua orang?? Perlu ke tanya lagi? *geleng2 kepala*


Tak kisahlah tengok sendirian ataupun dengan kawan-kawan, tapi aku memang kaki wayang tegar. Antara filem yang dah masuk dalam “Must Watch List” aku sampai hujung tahun ni: (sila klik pada tajuk movie untuk sinopsis)


30 Sept

Charlie St Cloud


Alpha and Omega


7 Okt

Sammy’s Adventure: The Secret Passage (3D)


The American


14 Okt

Buried


21 Okt

You Again


Red


28 Okt

Takers


4 Nov

Megamind


11 Nov

The Social Network


18 Nov


Harry Potter and The Deathly Hollows Part 1


25 Nov

Rapunzel: The Tangled Tale


9 Dis

Chronicles of Narnia: The Voyage of The Dawn Treader


Jom marathon. Ada bran?

Labels: | edit post
0 Responses