Alifah Amelya
Entri kali ni nak cerita pasal tergolek, tersungkur dan terjatuh. Dah lama dah nak tulis pasal tajuk ni, tapi malas punya pasal selalu tak jadi. Akhirnya tercapai juga hasrat ni.


Tergolek, tersungkur dan terjatuh di atas tu sebenarnya bukan kata kerja, tapi kata nama. Dengan erti kata lain Stumbleupon. Apa itu Stumbleupon? Stumbleupon ni ialah sebuah laman web untuk mereka yang suka berinternet tapi tak tahu nak surf apa selain dari facebook dan twitter.


Caranya begini.



Pertama sekali anda perlu mendaftar dan membuka akaun dulu (percuma jah).



Lepas tu, anda perlu memilih topik kegemaran anda dan klik butang “Start Stumbling”.



Pilih sama ada anda mahu muat turun add-on stumbleupon “Get the add-on now” atau mahu mulakan sesi golek-tergolek “Start Stumbling”.




Kalau dah nampak toolbar stumbleupon kat atas, voila~ anda telah berjaya tergolek dengan selamatnya. Mudah je kan? Stumbleupon ni menggunakan konsep rawak, di mana ia akan dengan rawaknya memilih laman web untuk dilayari berdasarkan topik pilihan anda. Kalau anda terjumpa laman web yang best dan nak kongsi dengan kawan-kawan yang lain, klik saja pada ikon facebook/twitter/email/share. Kalau nak balik semula ke homepage akaun, klik je kat ikon bentuk rumah tu.



Kalau anda suka dengan laman web itu, boleh naikkan jari (ala-ala facebook gitew~).
Bila jari dah naik, link laman web tersebut akan dipaparkan pada homepage akaun anda macam dalam gambar kat atas tu.

Aku dah jumpa macam-macam laman web guna si stumble ni, antara yang aku suka ialah laman web ni: Sandrine Estrade Boulet (topik: Arts)


Kadang-kadang laman web yang dia kasi pun entah apa-apa, tapi layankan je la. Kalau terjumpa laman web yang best tu, kongsi-kongsi la kat facebook ke, twitter ke, blog sendiri ke. Ingat, bila bergolek tu biarlah berpada ye. Selamat menggolekkan diri~!




Nota kaki: terima kasih kpd inchek tomi kerana memperkenalkan si stumble kpd saya :)

Labels: | edit post
0 Responses