10.10.10; tarikh yang sangat unik dan sempurna. Semua orang mengambil kesempatan untuk memperingati tarikh tersebut. Ada yang keluar berhibur dan bersantai bersama teman serta keluarga, ada yang riang ria mengadakan parti hari lahir dan tak kurang juga pasangan mempelai yang tersipu-sipu bersanding atas pelamin serba indah. Tak kisahlah bagaimana dan dengan siapa anda menyambutnya, asalkan hati girang dan gembira.
Namun sedang kita sedang bergembira, seluruh rakyat Malaysia digemparkan dengan berita kemalangan maut yang mengorbankan lebih kurang 15 orang penumpang. Kemalangan itu melibatkan sebuah bas Delima Ekspress, sebuah bas milik Jabatan Kebajikan Masyarakat, dua buah kereta serta sebuah van dan berlaku di Lebuhraya PLUS berhampiran tol Simpang Ampat.
Banyak spekulasi yang timbul selepas kemalangan tu berlaku. Ada yang kata kemalangan tu berlaku sebab kecuaian pemandu, ada yang kata pula ianya berpunca daripada masalah teknikal bas. Walau apa pun puncanya, kini yang tinggal hanyalah tangisan dan air mata mengiringi pemergian mereka yang telah terkorban. Persoalannya kini, apa iktibar dan langkah yang boleh kita ambil untuk mengelakkan insiden seperti ini berlaku lagi?
Tetapkan had laju bas ekspress kepada 50km/j sahaja.
Pemandu bas yang diuji positif dadah atau arak dikenakan hukuman gantung mandatori.
Lesen pemilik syarikat bas ekspress ditarik serta merta dan tidak dibenarkan beroperasi selama-lamanya.
Ops Sikap dijalankan 24 jam.
Bas ekspress yang beroperasi perlu menjalani pemeriksaan Puspakom setiap hari.
Buat la berapa banyak pun undang-undang baru, kalau tak dilaksanakan memang tak guna juga. Cuba tanya semua pemandu di Malaysia ni:
“SETIAP KALI awak memandu di lebuhraya, mesti ada bas ekspress potong kereta awak kat LORONG PALING KANAN kan?”
Saya berani berkata yang semua pemandu akan menjawab YA. Dah kalau bas MEMOTONG di LORONG PALING KANAN, agak-agak la berapa hadlaju bas tu? 90? 100? 120? Undang-undang dah tetapkan hadlaju maksimum bas ialah 90km/j, tapi apa pasal semua orang asyik berjumpa dengan bas yang sekencang angin taufan ni?
Apa semua ni???
Dah terkeluar tahi baru nak gali lubang. Sikap orang Malaysia yang TIPIKAL.
Nota kaki: Ajal maut di tangan Allah. Kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan segalanya. Takziah buat keluarga yang terlibat. Al-Fatihah…