Alifah Amelya

Hari ini dah masuk hari ke-17 Piala Dunia berlangsung. Perlawanan menjadi semakin sengit. Tapi, aku bukan nak ulas pasal bola kat sini. Itu aku serahkan kepada yang lebih arif.


Dulu aku tak layan bola. Kadang-kadang saja. Itu pun terpaksa sebab televisyen telah dijajah oleh abang aku. Selepas beberapa rentetan insiden yang menarik, aku tersangkut kepada Chelsea dan dari situlah bermulanya kisah aku dan bola.


Setakat ini hampir setiap perlawanan Piala Dunia aku tonton, sama ada di rumah atau di kedai mamak; kecuali perlawanan awal pagi sebab aku tahu akhirnya nanti televisyen yang akan menonton aku ha3. Oleh itu telah menjadi rutin aku setiap pagi untuk menyemak keputusan perlawanan awal pagi sejak bermulanya demam bola ni. Untung ada Astro di rumah.


Kaum hawa yang meminati bola bukan lagi satu perkara luar biasa pada zaman moden ni. Tapi semua orang kata yang perempuan minat bola sebab David Beckham, sebab Ronaldo; sebab semua hensem-hensem belaka. Memang tak dapat dinafikan hakikatnya begitu, tapi ia tidak semestinya releven untuk semua gadis di luar sana. Dalam kelompok itu, ada kaum hawa yang meminati bola kerana BOLA.


Bukan senang menjadi gadis yang minat bola kerana BOLA. Pertama sekali soal keselamatan. Menonton bola di kedai mamak berbeza dari menonton di rumah; suasana hiruk-pikuk dan orang ramai boleh mempengaruhi emosi kita ketika menonton. Lagi-lagi kalau menonton di Dataran Merdeka di hadapan skrin besar, bila gol dijaringkan semua bersorak bersama. Seronok! Tapi, perlawanan bola selalunya berakhir lewat malam dan awal pagi. Di waktu-waktu begitu si gadis perlu meningkatkan kesedaran keselamatan terhadap persekitarannya ketika dalam perjalanan pulang untuk mengelakkan kejadian yang tak diingini. Mak ayah aku selalu berpesan, anak dara tak elok keluar sampai lewat malam. Aku faham maksud mereka, mereka bimbang akan keselamatannya anak perempuannya yang gilakan bola ni. Sebab tu, aku selalu membawa teman bila menonton bola supaya mak ayah aku lebih senang hati.


Kedua, soal teman. Gadis yang minat bola kerana BOLA memang susah untuk ditemui. Setakat ini aku pun belum berjumpa lagi. Makanya, aku dapat mengajak teman yang sejantina untuk menonton bola bila ada pemain kacak sahaja, ataupun mereka yang terpaksa menemani teman lelaki. Sebab itu aku lebih selesa menonton bola dengan kaum Adam. Mereka pun lebih arif tentang bola, apa-apa persoalan aku boleh tanya saja pada mereka. Tapi bila menonton dengan teman bukan sejantina, mak ayah aku kembali risau semula ha3.


Aku minat bola kerana BOLA. Bukan mahu bermegah atau menunjuk, tapi sekadar menjelaskan kepada semua bahawa masih ada ramai gadis di luar sana yang meminati bola bukan kerana ketampanan atau kehenseman pemain. Sekiranya ada yang meminati pemain-pemain tertentu, aku pasti bukan kerana semata-mata rupa paras pemain tersebut. Aku suka Lampard, sebab dia kacak DAN latar belakang serta skil permainan dia. Aku juga minat Drogba, Kalou, Suarez, Simao, Klose, Messi…


Bagi aku, bola sepak ada daya tarikannya yang tersendiri dan unik, cukup untuk menghiburkan aku. Biarlah orang dengan kata-kata mereka.



Nota kaki: dok sedap bercerita ni, sekali nanti dapat laki yang x minat bola. Haih sudah…


Labels: | edit post
3 Responses
  1. r.k Says:

    wah , ilmiahnya ~
    wakaka !


  2. yo la yo la...
    dah remove da...


  3. r.k Says:

    silaka , merajuk pulak ! haha