Alifah Amelya

Macam best lak tajuk entri kali ini *memuji diri sendiri*.


Walaupun macam-macam rintangan dan halangan, plan tetap jadi. Bermula dengan kupon free, ruam-ruaman dari angin Filipin, ‘almost’ outstation dan surprise guests yang tak berapa nak surprise, akhirnya berkumpullah semua di Sungai ‘Duit’.


Nuex & Syed

Mula-mula nak singgah kat rumah korang untuk amik barang je, tapi last-last sampai ke Seremban amik sampel tahi lak. On the spot ajak karok terus ON. Korang memang geng jinggo ad-hoc yang paling BEST!

Syed as usual susah nak behave bila dia dah ‘all out’, especially bila nampak tiang besi dalam lif.

o---ma---gad! Apa yang tak patut nampak aku telah nampak! Haish~ gelap hati 44 hari. Nasib baik takde orang lain dalam lif tu sekali, kalau tak…

Bila Syed berdiri sambil pegang mic dan tangan dalam poket, maknanya dia tengah feeeeeeeeeel giler nyanyi lagu tuh. Bila dia dah feeeeeeeeeeel, Nuex selaku guru vokal dan tempo secara automatiknya akan membantu dia ‘lebih’ menghayati lagu tu dengan iringan tepukan tangan. Nice combination :)

Nuex lak as usual dengan vokalnya yang mantap.; seems like he can sing almost any songs. Walaupun keesokan harinya ada presentation, sempoi je lepak sampai kol 2 pagi. Maybe aura dari SEED membantu sedikit sebanyak untuk presentation tu, so dia tak la risau sangat kot.


Cik Eskrim

“rashes or no rashes, malam ni consider on ya” --> statement paling hebat abad ini!

Rushing terus dari ofis dengan tomi, cik kak ni memang bersungguh-sungguh dah nekad nak bervokal jugak malam tuh. Dengan sedikit tutorial macam mana nak guna remote, dan voila! cik kak ni pun all out dengan vokal yang mantap, especially lagu Aerosmith.

Ni first time ever aku karok ngan cik eskrim since aku kenal dia. Pheeewwiiit~ Malam tu jugak entah kenapa ITU sentiasa nak mencapap, siap ada bukti dalam gambar lak tuh. Maybe sebab tuan dia excited overdose kot hahaha. Apa kata lain kali tak payah bawak ITU, mesti lagi best! Muahahaha ….*mode menggatal*


Tomi

Ketiadaan tranportasi tidak menghalang orang yang nun paling utara turun berkarok dengan hasil usaha gigih cik eskrim. Ini bermakna kalau tomi langgar fungkuq orang lagi lepas ni pun takkan menjejaskan aktiviti jingo dia. Bravo!

Aku rasa aku boleh kira tengah jari berapa kali aku karok ngan mamat nih. *flashback jap*

1…2…3…rasanya campur kali ni punya tak sampai pun 5 kali kot. Pilihan lagu dia pun agak….err…menarik, especially lagu IBU. Tapi sebabkan semua pun tak tahu lagu ni, so layankan jah~



Selain bervokal, aktiviti fizikal juga tidak dilupakan. Asal boleh je semua nak joget and macam biasa la syed paling ‘terserlah’.


[Waka waka + asereje = semua tercungap-cungap] --> equation paling BEST abad nih!


Lepas penat bervokal dan aktiviti fizikal, sesi fotografi lak di mana-mana sahaja yang rasa best, lepas tu baru la masing2 balik. Tak sempat pun duduk mapley sembang-sembang sampai matahari terbit. Masing-masing ada komitmen keesokkan harinya, nak buat macam mana kan.


What’s meant to be just an impulsive idea turned out to be a total out-of-this-world fun! Maybe we should do this more often. *grinning*


Geng Waka Waka yang best!



Nota kaki buat Tomi + Cik Eskrim: Lupe nak apologize malam tadi pasal surprise guest tuh. Sori ye. Heeeee~ saja je nak menceriakan hari anda dengan tanda tanya dan spekulasi. :))


Labels: | edit post
6 Responses
  1. azx cream Says:

    i SUKA entry u yang neh!!! HAHA..
    aihh..si ITU mmg mencapap.xley blah btol siap ada bhn bukti.hahaha..adoiyai.like i said to tm last nite, we shud do this more often sbb it is FUN and stress pon released!

    p/s : i balik at 4am pas hntar tomi masuk hutan..KENTAL!



  2. huh!!! gila kental la kita semalam.. btw, nuex nye presentation td mic rosak..so dia kena all out guna vokal nye yg telah hampir habis semalam.. haha...totally fun lah,,this what so called JINGGO...i set the bench mark..so kalau kuar n x fun mcm smlm cannot say jinggo..just jikgo...


  3. syed:
    jinggo yang jijik = jikgo. got it!
    nasib baik nuex x guna abis vokal dia smlm ha3

    cik eskrim:
    ITU memang ngada2. nti i guna kuasa fotosop utk hapuskan dia ha3

    mahu3~! mari buat lagi. semalam 4 jam pun rasa macam x puas. kita up lagi sket benck mark kita mau? jeng3~

    p/s: u mmg super-iron lady~! ha3


  4. r u d z Says:

    ye aku agak keciwa kerna lagu besame mucho tidak dapat ditemui... trime kaseh kpd kak azx yg kental gile hantar aku balek. syed, kejantanan mu terserlah dgn gaya tangan sblh masuk poket tu. haha terbaek!


  5. azx cream Says:

    p/s : kepada Tommy..TAK BAIK mencarut byk.alang-alang post jer lagu Uncle Fucker tuh kat blog.HAHA.

    pp/s : i x sabar nk tungu gaji! see if bley mngatasi benchmark yg ne..

    ppp/s : lagu Sara Bareillies - Love Song tade..agk keciwa..