salam.
saya sedang buntu kerana semua orang yang saya ajak untuk berjinggo tadi tidak mempunyai masa kelapangan.
selaku ahli kelab jinggo terasa macam kehilangan arah kejap.
maka, menulis entri ini untuk mencari semula hala tuju dan menghilangkan kebosanan.
entri kali ini saya mahu memperkenalkan buah hati seisi keluarga saya.
*drum roll*
presenting....
canggut
(sang ibu)
dan
cuban
(sang anak)
mereka suka tido dengan cara bebas
menyalahi tingkah laku dan tatacara sebagai seekor kucing yang bertamadun
sang ibu suka tido di celah monitor komputer lama dan telefon
apabila tidonya diganggu sang ibu bangun dan memandang sinis kepada sang manusia yang mengejutnya
tapi apabila sedar kehadiran kamera sang ibu terus posing dengan gaya yang sangat tidak boleh blah
*apalah nak jadi dengan kucing zaman sekarang*
sang anak pun tidak kurang hebatnya
tido dengan gaya bebas
suka tido di tepi printer Brother dan berbantalkan mesin laminate
apabila dikejut untuk sesi fotografi sang anak bangun dengan muka "steam"
dan kemudian pindah lokasi kepada printer Canon pula
tak tahu mengapa, tapi mereka memang suka tido di celahan mesin
mungkin mereka bercita-cita untuk menjadi computer geek tapi tak kesampaian.
hmmm...
oh ya, lagi satu~! sang anak ini sangat unik
matanya biru *jarang jumpa kucing bermata biru* tapi juling pula
ya betul. JULING.
tak percaya? sila rujuk gambar berikut.
dan bandingkan dengan mata sang ibu.
juling kan?
ya.
merekalah buah hati kami seisi keluarga.
kerana mereka tidak mematuhi tatasusila tamadun kucing.
~more shots of them~
*aku rasa dia ni pura2 tido depan kamera*
*masih di celahan printer*
*your call please?*
*wat u look at??*
p/s: loving my D40 more~! memikirkan untuk upgrade pula. hmmmm...