Alifah Amelya
salam.

tukar template lagi. sempena World Cup (WC) yang akan tiba minggu depan. yiehaaa~!


Entri ini khusus untuk mereka yang tak pernah tahu atau tak brape nak tahu apa itu WC atau dengan erti kata lain
"World Cup Guide for Dummies".
So, here goes....



Apa itu WC?

Nama penuhnya ialah Fifa a/l World Cup. Sebab kali ini diadakan pada tahun 2010 dan di Afrika Selatan, maka dipanggil 2010 Fifa World Cup South Africa.
WC ialah sejenis pertandingan bola sepak antarabangsa yang melibatkan negara2 di seluruh dunia.


Bila WC ni diadakan?
WC diadakan 4 tahun sekali. Last WC ialah di Germany tahun 2006 dan akan datang punya WC ialah di Brazil tahun 2014. Tahun ini, WC akan diadakan bermula 11 Jun-11 Julai.


Menang dapat apa?
Menang dapat piala la sayang oi~ takkan la hamper power root.


ni ialah rupa bentuk pialanya. piala ni mula digunakan tahun 74. sebelum ni piala lain. nak tau apa rupa bentuk piala sebelum ni sila la google sendiri. Nama negara2 yang menang akan diukir kat bawah trofi tuh. Contoh "1994 Brazil". So, bila trofi tu berdiri tegak tak nampak la namanya. Dari 1974 - 2006, sembilan WC telah diadakan dan hanya 5 negara saja yang berjaya menempa nama kat trofi tu; Brazil, Argentina, Jerman, Perancis dan Itali. So, setiap kali ada negara menang, nama diorang akan diukir kat bawah trofi tu sampai la penuh. Fifa bajet2 dalam tahun 2038 akan penuhlah bawah trofi tu. Lepas tu, diorang akan tukar piala ke tak, aku pun xtau. Pegi tanya sendiri kat Fifa.

Cane nak masuk WC?

Ko ingat isi borang J je dah bley masuk WC? ish3. silap besar tuh. Mula2 mesti la ada saringan dulu. Saringan diadakan kat 6 zon yang Fifa dah tetapkan:
Africa Asia North, Central America and Carribean South America Oceania Europe Dalam banyak2 negara yang bertanding, 32 negara je yang akan layak masuk final. Kuota negara yang akan masuk final bagi setiap zon adalah atas budi bicara Fifa. Kalau ada yang x puas hati dengan format ni, sila rujuk terus kat kaunter pertanyaan diorang. Final tournament lak terbahagi kepada dua bahagian. 1st part ialah 'group stage'. Semua 32 negara akan dibahagikan kepada 8 kumpulan berdasarkan ranking, kedudukan geografi dan lain2 lagi. *aku pun x brape sure, gi google sendiri* Setiap negara akan main 3 match dalam group masing2 dan 2 negara dengan mata tertinggi akan advance ke 2nd part iaitu 'knockout stage'. Ni kira kalah mati la. Negara yang menang akan terus bermain, yang kalah sila packing balik kampung.

Malaysia tak layak ke jadi tuan rumah WC?

Cik kiah oi~ nak masuk WC pun dah susah, nak jadi tuan rumah lagi la leceh. Banyak kontroversi. Kalo asyik wat kat Asia, kang Afrika lak boikot. Bila wat kat Afrika, si Asia ni lak yang boikot. Haish~ politik...politik. So untuk memuaskan hati semua pihak, si Fifa ni cakap WC akan dibuat ikut rotation. Setiap zon akan dapat. Tahun ni Africa dah buat, kena tunggu lagi 5 kali WC baru la Africa dapat lagi. Malaysia? Wallahualam.

Itu la serba sedikit pengenalan pasal WC. Kalau nak tahu lebih lanjut, gi la cari kat wikipedia.
*pemalas tol*

Last but not least, mari kita layan lagu tema WC tahun ni. Aku cari siap ngan lirik punya sekali. yeah~!!





Labels: | edit post
2 Responses
  1. mrschlotzsky Says:

    saya rasa penulisan anda terpengaruh dgn gaya penulisan azwan hj ali
    sekian terima kasih


  2. yesszzzaaa~! itu yang aku cuba sampaikan
    berjaya rupanya~ :)
    hahahaha