salam.
minggu lepas kebosanan sampai takde mood nak update blog. minggu ni banyak lak aktiviti nak kena squeeze dalam 3 hari.
haish~
xpe la. mari mulakan cerita.
Jumaat - 28 Mei 2010 (Cuti Wesak)
sudah plan bersama kazen bernama Laksa untuk pergi menyaksikan kazen bernama Apis menyertai Battle of The Band 3 (BOB3) sempena Youth Festival di PWTC. Apabila menelefon beliau untuk pengesahan kehadiran pada jam 3 petang, beliau menyatakan perlu bekerja double shift pula. tongtaishiang punya kazen. *jangan tanya apa maksud tu*
nota kaki buat kazen bernama Laksa:
ya. lu adalah belia berwawasan yang membantu membangunkan ekonomi negara. tapi...
ada wa kisah??
wa touching ngan lu seumur hidop r camnih...
ok fine. beliau tak dapat pergi. memandang youth fest ni kena register untuk free pass (kalau tak kena bayar RM5 per entry), maka tiada kebarangkalian untuk mengajak orang lain last minit. bersendirian lagi. *xpe, aLee ialah super duper woman*
sudah tiba dan claim pass di kaunter, terus mencari jalan yang benar ke BOB3. dalam perjalanan ke stage, terjumpa beberapa muka familiar. antaranya:
dan beberapa orang yang tidak kesempatan untuk diambil gambarnya. nak sebut nama pun x ingat. *jangan marah naaa uolls heee~*
telah berjumpa stage. crowd of course tak kurang ramainya...
....dan mencari manusia di celahan manusia yang bernama Apis sehingga jumpa.
sementara menunggu giliran Apis, layan la band yang tengah perform. cara gak la diorang2 nih. ada dua tiga band yang aku ingat sampai hari ni. *macam dah lama beno lak event nih*
band ini nyanyi lagu old school rock - Ghostbuster. Layan giler~!! tak perlu suruh pun, crowd da nyanyi sama2 part ghostbuster tuh. membuatkan aku terasa mahu cari dan donlod lagu itu.
yang ni lak lagi layan. diorang bawak lagu Yellowcard "Only One". Siap main cello tuuuuuh wpun drummer takde. kaki terseliuh main futsal. aku bila tengok memang cair terus r. aku tak bley tengok laki main piano, violin, cello n gitar beb~ konfem terus jatuh hati ha3.
Terbayangkan Jay Chow buah hatiku. *hati berbunga2*
ehem2..berbalik kepada topik asal. next band ni pun layan gak.
ala2 Yuna sket. Ahli band berasal dari Sabah, Sarawak n Selangor. SSS. nice~ suka imej yang diorang ni bawak.
masa layan band2 ni semua, aku memoriza nama band diorang sebab nak masukkan dalam blog. tapi bila dah balik rumah terlupa lak. haish~ *amelya, lain kali sila catatkan ye*
Banyak je band yang masuk BOB3 nih, tapi tak sempat nak melayan semua sebab kesuntukan masa. Makanya, aku meninggalkan BOB3 dan masuk balik main hall. Banyak benda unik aku jumpa kat youth fest nih.
tarot card reading
sangat mahu mencuba tapi tak tercuba lak. *bley ke nak baca2 tarot nih?*
semua mende kecik jadi besar kat youth fest nih. cermin mata, jenga, chess set~ semua saiz XXXXXL. Membuat aku teringat pada seseorang ahaks~
ni aku rasa paling best. Bila aku masuk hall Maybank, aku tengok semua orang tengah duduk bersila atas lantai. Aku ingatkan ada seseorang yang sangat best sedang berucap atas pentas, rupa2nya Hot fm punya mini konsert . *dalam pic Azlan and The Typewriter tengah wat soundcheck* Terkesima seketika. Kepelikan melanda. Mengapakah semua orang duduk? Malas nak bertanya banyak, aku pun join je la. Serius, ni pertama kali dalam seumur hidup aku jumpa crowd yang sangat berbudi bahasa ha3. Kalau time Inul nak buat konsert kat Malaysia semua orang duduk macam nih, nescaya aman damai stadium Bukit Jalil tuh.
masa kat PWTC tu, macam2 borang aku isi, macam2 sampel makanan aku cuba, macam2 ragam orang aku jumpa, macam2 gambar aku amik. seronok.
Kalau ikutkan hati nak pergi lagi pada Sabtu n Ahad, tapi memandangkan sudah memberi janji kepada ayahanda untuk pergi PD pada hari tersebut, haish~ terpaksa akur. Pass percuma tuh diberikan sahaja kepada mereka yang layak.
sabtu & ahad (29 & 30 Mei 2010)
Berada di PD pula. Sudah berjanji dengan ayah untuk menjadi cameragirl sepanjang Majlis Reunion SSC 36 beliau.
Sebelum aku bertolak, tetiba teringatkan semua apps aku kat fB. OMG~! Makanan2 kat Cafe; Zakumi, Ally n Simba nak kena kasi makan; ikan2ku dalam akuarium; kilang2 aku yang akan siap production dalam 18 jam lagi. Aiyoyo~ bagaimanakah?!!
Tetiba baru aku perasan yang aku tak pernah hidup tanpa internet lebih dari 24 jam. Kalau pergi PD, kena tido satu malam kat sana. Itu dah memang2 lebih dari 24 jam~!! Cane aku nak survive nih??
*ok fine. bertenang Amelya. takkan kat sana takde wifi kan? bawak je laptop. Kot2 ada.*
Aku pun dengan penuh konfidennya mem-packing sekali laptop aku. Lagipun kalau memory card penuh nak kena transfer gambar gak. Tak rugi pun kalau bawak.
Sampai je kat sana, aku terus check wifi. ADA~!! Hati girang gumbira yang tak terkata. Misi aku bila check in ialah terus membuka laptop. Tapi, langit tak selalu cerah kan, ada je halangan yang nak datang. haish~ bilik belum siap lagi, kata orang2 di kaunter. Kena tunggu sampai pukul 2. Time tu baru pukul 11 lebey2. Wakluuuuuuuuuu~ lamanya. Ok fine. Memandang mak aku pun dah lapar, ayah aku pun ajak makan kat coffee house sambil menunggu.
lepas order, nak tunggu makanan nak sampai tak macam lama lak kan.
mak ayah aku dah kelaparan nih.
*aku faham dah sekarang dari mana asal usul kesengalan aku*
Lepas perut dah kenyang n kunci bilik pun dah dapat, aku pun terus membuka laptop bila sampai di bilik. Wifi ada, bagus. TAPI ada charge la pulak. RM9 per hour. mana ada orang guna interent sejam dua je sekarang nih. Cesssss....bijak sungguh mereka ini membuat bisnes. Ok fine. Aku pun meng-hangkut laptop aku pergi ke lobby. Cari port yang best dan terus duduk. Buka laptop. Wireless connected, bagus. Klik firefox homepage google keluar, bagus. Klik fB pun boleh jugak, super duper bagus. Banzai~ telah berjaya!!!! terasa nak menari kipas macam audible kat ym tuh.
Tapi, aku dah agak dah. Langit memang takkan selalu cerah. Encik hujan mesti nak nyebok gak. Haish~ fB memang boleh buka, tapi setakat homepage je la. Apps langsung tak boleh buka. Keluar menatang "Not Found: The requested URL was not found on this server." Apakah~?? Server dia block apps fB ka? Ramai sangat orang guna fB ke kat lobby ni sampai server jam? sebab tu ke apps fB di-block?? di manakah kebebasan berinternet?!! tongtaishiang punye server. *Ok fine. Bertenang Amelya. Cuba klik sampai dapat.* Memang hampeh la. Time ni terasa nak c***t tahap gaban la. So, aku pun give up la untuk membuka fB sama sekali. apa gunanya fB tanpa apps?? umpama minum teh yang tak bergula.
Makanya, kesimpulan di sini ialah aku masih lagi di zaman batu. Terpaksalah pasrah.
Makanya, sumber hiburan aku di PD ialah fotosop semata2. Kalau tak turun ke event untuk amik gambar, aku dok kat bilik je ber-fotosop sampai lebam. Haish~
Sepulangnya aku ke rumah, first thing yang aku capai ialah laptop aku. *perlu ke beritahu lagi? adoiyaii~*
Bila buka je fB, ada 88 notifications. Gileeerrr r, baru 1 hari kena tinggal, dan ya, makanan sudah basi kesemuanya. Akuarium penuh dengan lumut. Nasib baik takde ikan yang mati kelaparan. Zakumi sudah busuk dan perlu dimandikan. Ally dan Simba kelaparan. Nasib baik hasil kilang tak expired lagi. Fuuh~
ni baru sekali, akan datang mesti ada lagi. Kalau tetiba aku kena pergi ke ceruk Malaysia yang memang takde internet langsung, aku kena bersedia. Lepas ni aku rasa aku kena buat strategi perancangan fB sebelum travel ke mana2. Kegilaan fB telah mempengaruhi hidup aku ha3.
So, aku terfikir. bila aku backpacking bersama cik eskrim pusing2 1 msia, bagaimanakah dengan fB-ku? ahaks~